^JT^



Jom Kenali JT-UnIPeN UMK


Jawatankuasa Teman atau lebih mesra dipanggil JT-UnIPeN a.k.a JT merupakan sebuah organisasi yang ditubuhkan di bawah Unit Islam dan Pembangunan Nilai (UnIPeN) UMK. Penubuhan JT-UnIPeN ini antara lainnya adalah sebagai tenaga penggerak bersama-sama UnIPeN untuk melaksanakan aktiviti yang berkaitan dengan keagamaan dan pembangunan sahsiah di kalangan warga UMK khususnya.

  So.. kalau nak disamakan dengan universiti-universiti lain di Malaysia, JT-UnIPeN ni boleh dikira sebagai badan dakwah atau Persatuan Islam di UMK sebagaimana ISIUKM, PMIUPM, BADAR, dan lain-lain. Yang membezakan JT-UnIPeN dengan persatuan-persatuan ini adalah JT-UnIPeN tidak didaftarkan sebagai persatuan atau kelab. Sebaliknya ia bernaung di bawah UnIPeN. Di sini ramai orang keliru. 
Papepun, itu semua tidak penting, yang penting adalah apa yang JT bawa dan kami ahli JTbersatu hati menggerakkan JT-UnIPeN yang boleh dikatakan masih baru berbanding dengan persatuan-persatuan Islam di universiti lain.Waallahualam.



Tanzim Jawatankuasa Teman (JT-UnIPeN) induk

 











 

















2 comments: